Friday, June 22, 2007

DALAM DAMBAAN-MU RAMADAN

DALAM DAMBAAN-MU RAMADAN

Dalam dambaan ini
taburkanlah kepadaku
kasih-Mu pada;
bunga mekar rahmat
harum penuh berkat
agar kutakluki sedar
dalam lenguh memaknakan
wangi keinsafan
pada siangku

Dalam dambaan ini
hamparkanlah untukku
kasih-Mu pada;
jaga yang panjang
bisik yang rayu
agar kudengari hikmah-Mu
dalam kantuk mencari
warna ketakwaan
pada malamku

Dalam dambaan ini
aku masih menginginkan kasih-Mu
pada setiap waktuku

JA'AFAR HAJI HAMDAN
6 Ramadan 1425H

1 comment:

roslan jomel said...

Salam.

Sudah tentu saya ingin membaca perkembangan sastera di Sarawak daripada sdr untuk muatan blog ini.Sesuatu penulisan yang barangkali menempuhi gelora dan kekalutan ideologi.

Tanpa kejayaan sdr Jong Chian Lai menerima SEA Award, kerapian metafora puisi-puisi Abizai untuk menerima penilaian HSPM, kecanggihanan cerpen-cerpen Sdr Awangku Merali dan kegigihan sdr Dahiri Saini menulis terus-menerus, Sarawak benar-benar menghadapi kereputan sastera generasi baharu.

Ketika penulis-penulis di Semenanjung semakin mendekati penerokaan tema-tema berat lagi rumit, kita, penulis-penulis di Sarawak harus bagaimana melihat perkembangan yang tidak seimbang ini?

Salam hormat.

P/S : Terima kasih kerana sudi membaca Nama Saya Epal Kuning tempoh hari.